Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Tiada pengorbanan tanpa cinta. Tiada cinta tanpa air mata. Buku ini mengisahkan cabaran yang dihadapi oleh penulis sewaktu meneruskan pengajian dalam program doktor falsafah bidang perakaunan, sewaktu tahun terakhir pengajian yang berlatarkan suasana di Manchester, United Kingdom. Himpunan kisah yang dikongsikan menerusi ebook ini sangat biasa dihadapi dalam dunia seorang penuntut - kesukaran dalam menyempurnakan pengajian serta pada masa yang sama perlu menyeimbangkan tuntutan keluarga dan anak-anak. Namun begitu, sejauh manakah kesulitan dalam menghadapi rencah dan asam garam kehidupan ini berjaya diharungi? Bacalah ebook ini dengan hati yang terbuka, pasti ada pengajaran yang diperoleh. Di sebalik setiap kekusutan, yakinlah akan ada jalan penyelesaiannya. Maka panjatkanlah doa kepada Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui setiap doa dan bisikan hati. Dr. Ervina Alfan Penulis.